Prev Next

Walaupun Wu Xie tidak dapat melihat penampilan lelaki itu dalam kegelapan, dia dapat mendengar dentingan rantai besi yang tidak asing baginya.

Lelaki ini dirantai? Di dalam gua di bawah cenuram yang terasing ini?

Sebaik sahaja ia mendengar suara lelaki itu, kucing hitam kecil itu bertukar menjadi asap dan kembali menyorok di dalam badan Wu Xie. Lelaki ini bahaya!

"Kamu dirantai?" Wu Xie tidak mengendahkan langsung nada suara lelaki itu memandangkaan hatinya mengatakan lelaki itu dapat membantunya. Dia hanya memerlukan…lelaki itu untuk bebas bergerak.

"Oh? Maksud kamu benda benda kecil ini?" Lelaki dalam gelap itu menarik rantai-rantai besi, suaranya yang dalam dan menarik bergema di dalam gua yang gelap itu. "Begitulah nampaknya."

"Saya akan bebaskan kamu…tapi kamu mesti selamatkan saya." Wu Xie tergagap-gagap bercakap. Dia menggeletar kesejukan dan kesakitan. Suhu badannya semakin rendah mencapai tahap bahaya. Tubuhnya yang cedera parah tidak akan dapat bertahan lama sekiranya dia tidak mengambil tindakan yang sepatutnya secepat mungkin.

Lelaki dalam gelap itu berdiam diri. Dia agak terkejut mendengarkan katkata itu daripada gadis yang sudah nyawnyawa ikan.

'Diam tandanya setuju' Wu Xie membuat andaian sendiri sementelah dia tiada pilihan lain. Jadi, dia membuat keputusan untuk mengambil peluang ini.

Sambil merabraba di dalam kegelapan, dia bersandar pada lelaki itu dan menarik keluar pin halus daripada rambutnya. Dia seorang doktor, bukannya pencuri. Seseorang yang bodoh pernah menggunakan teknik ini padanya. Dia tidak pasti jika dia boleh melakukannya.

Wu Xie cuba membebaskan lelaki tersebut dengan kemahirannya yang lemah menggunakan sissisa kudrat yang ada. Daripada pandangan seorang doktor, dia dapat merasakan fizikal lelaki ini yang lain daripada yang lain.

Dengan usaha kerasnya, dia akhirnya berjaya membuka satu kunci. Kerja keras ini membuatkan pernafasannya terasa sukar. Dia bergelut untuk memastikan dirinya tidak jatuh pengsan.

"Seperti yang kamu mahukan." Lelaki itu akhirnya bertutur dengan senyuman misteri. Suaranya yang begitu kelakian bergema menerusi gua.

Sebelum dia sempat memberi sebarang reaksi, 'klik'…'klik'…'klik', bunyi besi patah kedengaran di sekelilingnya. Lelaki itu sudah membebaskan dirinya daripada tiga rantai yang lain. Wu Xie merasakan sedikit kehangatan apabila lelaki itu menariknya ke dalam pelukan.

Lelaki itu mengangkat Wu Xie dengan lembut dan membawa ke arah punca cahaya.

Di luar, hujan masih turun dengan begitu lebat.

Walaupun cuaca sangat mendung, hari masih siang dan sedikit cahaya sudah cukup untuk menyinari wajah kacak lelaki itu. Tulang pipinya yang tinggi membentuk struktur muka yang cantik. Mukanya dihiasi dengan rambut panjang yang terurai lembut. Dengan jernih rintik hujan yang membasahi lehernya, lelaki itu ternyata ciptaan Tuhan yang paling hebat.

Lelaki itu mendongak melihat langit apabila dia perasan Wu Xie sedang memerhatikannya. Dia menundukkan sedikit kepalannya. Mata ungunya mengecil dan bibirnya mengukir senyum.

Wu Xie melihat sepasang mata ungu itu selamba, tanpa riak perasaan. Rintik hujan menuruni pipi pucatnya semasa dia memandang lelaki itu dengan tenang.

Lelaki itu menjongketkan keningnya. Reaksi Wu Xie yang sangat tenang itu merupakan sesuatu yang baru baginya.

Ini adalah kali pertama seseorang tidak menjerit atau panik apabila melihat matanya.

"Adakah kamu tidak takut?" Tanya lelaki itu dengan suaranya yang garau dan dalam.

"Saya sudah hampir mati." Wu Xie mengingatkannya tentang kebenaran. Matanya yang gelap, memandang tepat pada sepasang mata ungu itu, tanpa sebarang tanda takut. Sebaliknya, dia melihat dengan tenang seolah-olah kematian yang disebutkan tadi tidak berkait dengannya.

Report error

If you found broken links, wrong episode or any other problems in a anime/cartoon, please tell us. We will try to solve them the first time.

Email:

SubmitCancel

Share